Cabaran Masa Depan

Bermula kira-kira pada awal tahun 1950-an, teknologi tradisi terutama baduk semakin hari semakin ditinggalkan kerana sudah dianggap kurang berkepentingan dan tidak efisien lagi digunakan berbanding dengan teknologi yang ada pada masa kini, seperti radio dan televisyen. 


Tambahan lagi hampir semua rumah sudah memiliki teknologi moden ini. Dengan adanya perkembangan dan kepesatan teknologi masa kini dan penciptaan teknologi yang semakin canggih, sedikit sebanyak telah menghilangkan kepentingan baduk sebagi alat pemberitahuan, perhubungan dan komunikasi utama bagi masyarakat Melayu Brunei dahulu kala sehingga generasi muda kita sekarang ada yang tidak mengetahui tentang fungsi dan kepentingan baduk. Pada dasarnya, baduk memang sudah dilupakan dan dalam menuju ke arah kepupusan dan tidak mustahil ia mungkin akan terus pupus hanya dalam beberapa tahun saja lagi. 


Ini telah menjadi satu cabaran bagi kita sebagai bangsa Melayu Brunei sama ada untuk mengekalkan atau mempromosikan teknologi baduk seiring dengan perkembangan teknologi baru, kerana baduk tetap kekal dikenali sebagai warisan budaya kita.


Sebagai cadangan, sekurang-kurangnya baduk ini dapat dimasukkan dalam mata pelajaran seperti sekolah rendah, ataupun mengadakan kursus singkat mengenai kebudayaan-kebudayaan kitani yang hampir-hampir pupus terutama alat seperti baduk.


baduk yang sudah lama terabai