Sudah menjadi kebiasaan (amalan) dan budaya masyarakat melayu di Brunei bahawa baduk hanya digunakan sebagai alat pemberitahuan dan penggunaannya adalah lebih menyerlah dan selalu dikaitkan sebagai tanda pada bulan Ramadhan sahaja iaitu bagi menandakan waktu berbuka puasa.
Sekarang, baduk tidak lagi digunakan dalam masyarakat kampung di negara ini jika dibandingkan dengan masa dahulu. Peranan baduk telah diambil alih oleh kemajuan teknologi baru, media elektronik seperti radio dan televisyen, manakala di masjid terdapat alat pembesar suara (loud speaker) untuk melaungkan azan.
Walaubagaimanapun, untuk mengekalkan baduk yang sudah menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu Brunei , pihak Radio dan Televisyen Brunei masih tetap menayangkan baduk di kaca televisyen di sepanjang bulan Ramadhan ketika masuk waktu Maghrib bagi menandakan waktu berbuka puasa (sungkai).
Secara keseluruhannya, fungsi dan peranan baduk adalah sama bagi masyarakat Melayu di Brunei dan nusantara iaitu sebagai alat pemberitahuan.
Sekian Wallahua'alam.. =)