Nilai Simbolik dan Ekspresif


Baduk dapat dinilai sebagai simbol keagamaan dan budaya. Jika kita lihat kembali 60 tahun yang lalu, setiap masjid memiliki tradisi keagamaan dan kita pasti menemukan baduk yang berfungsi sebagai sarana untuk mengumpulkan masyarakat Islam ketika masuk waktu sembahyang. Baduk merupakan satu media komunikasi tradisional bagi masyarakat Islam. 



Sejak dulu lagi, baduk memang menjadi satu ciri khas dari masjid. Oleh kerana itu, baduk sehingga kini dikenali dan difahami sebagai simbolik atau mencerminkan tentang budaya Islam bukan hanya di Brunei bahkan diseluruh Nusantara Melayu Islam. Sehingga kini, baduk yang masih dikekalkan dan disimpan seperti di muzium dijadikan sebagai pelestarian budaya, sekaligus sebagai simbol Islam di Brunei ketika dulu yang pernah membudaya dalam kehidupan masyarakat Brunei.


Brunei juga masih mengekalkan baduk tradisi iaitu menggunakan bahan pembuatan asal. Ini adalah berkemungkinan untuk menghargai nilai seni warisan tradisi kita.



Tetapi di negara-negara jiran seperti indonesia telah mengubah penggunaan bahan pembuatan baduk seperti menggantikan batang kayu dengan drum besi atau plastik sebagai badan beduk.


Bahkan kini mereka mampu meningkatkan nilai pasaran baduk dan permintaan baduk ini meningkat apabila tiba sahaja bulan Ramadhan dan Syawal.