Teknologi baduk merupakan satu alat yang unik, dijadikan sebagai pusat atau tumpuan sebuah komuniti. Komuniti disini didefinisikan sebagai kumpulan sebuah masyarakat kecil yang hidup bersama seperti sekampong dan memiliki kepentingan bersama. Peranan Baduk adalah jauh berbeza dengan alat bunyi-bunyian yang lain. Biarpun dalam kategori gendang, tetapi peranannya bukan untuk melagukan muzik. Baduk merupakan satu alat pemberitahuan atau alat panggilan yang digunakan oleh komuniti Melayu Brunei pada ketika dahulu lagi. Biasanya setiap kampung sekurang-kurangnya memiliki sebuah baduk sebagai satu kepentingan harian, ada juga beberapa tempat yang perlu mempunyai baduk dalam jarak antara satu sama lainnya sejauh kira-kira dapat didengar apabila baduk dipalu atau dipukul. Baduk biasanya dipukul sama ada oleh ketua kampong, imam atau bilal masjid.
Antara fungsi baduk ialah sebagai alat untuk menandakan masuk waktu-waktu sembahyang fardhu. Baduk juga sangat berperanan penting sepanjang bulan Ramadhan bagi menandakan waktu berbuka puasa (sungkai), menandakan waktu bangun suhur, bagi menandakan nampaknya anak bulan Syawal dan juga digunakan sebagai tanda kematian (orang meninggal). Selain itu, pukulan baduk ini juga digunakan sebagai tanda isyarat kecemasan.
Bunyi pukulan baduk adalah berlainan bagi setiap pemberitahuan sama ada tanda suka atau duka. Ada pukulan yang berentak perlahan dan ada yang berentak cepat. Sebagai contoh ialah pukulan ‘Pukul’ bagi menandakan nampaknya anak bulan Syawal.
Bunyi pukulan baduk adalah berlainan bagi setiap pemberitahuan sama ada tanda suka atau duka. Ada pukulan yang berentak perlahan dan ada yang berentak cepat. Sebagai contoh ialah pukulan ‘Pukul’ bagi menandakan nampaknya anak bulan Syawal.
Paluan baduk mempunyai pantang larangnya yang tersendiri iaitu baduk tidak boleh dipalu dengan rentak yang tidak sesuai dan rentak permulaan bagi setiap pukulan telahpun ditetapkan.
Video Baduk