Setiap Negara mempunyai pelbagai kebudayaan mereka tersendiri yang menjadi satu tarikan bagi orang luar. Pelbagai budaya yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang dan diamalkan zaman berzaman seperti budaya tarian dan alat-alat tradisi yang menjadi daya tarikan tersendiri.
Baduk merupakan salah satu alat muzik tradisi yang banyak memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam bahkan baduk juga terdapat di negeri jiran seperti Malaysia, Sarawak, Sabah, Indonesia dan juga Singapura. Panggilan nama ‘baduk’ adalah berlainan mengikut tempat. Misalnya Malaysia menggelarnya ‘beduk’ dan Indonesia pula menggelarnya ‘bedug’. Baduk biasanya diletakkan atau disimpan pada tempat yang tertentu seperti di masjid atau di rumah ketua kampong. Penggunaan baduk bagi komuniti Melayu Brunei telah dijadikan sebagai satu budaya tradisi.